Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Qur'an dan mengajarnya" (Hadith riwayat Bukhari) "Mereka yang membaca Al-Qur'an dan dia mahir didalamnya maka ia bersama para malaikat pencatit yang mulia. Mereka yang membaca Al-Qur'an sedangkan ia tidak lancar bacaannya dan payah baginya untuk membaca maka untuknya dua pahala." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim) "Bacalah Al-Qur'an kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat memberi syafaat kepada pembacanya." (Hadith riwayat Muslim)

.: KELAS IQRA' , TAJWID & TARANUM :.

Anjuran : Badan Kebajikan Guru Dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Semenyih

خيركم من تعلم القرأن وعلمه
Dari Uthman bin Affan R.A. katanya : Rasulullah S,A.W bersabda : ” Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya ”(Riwayat Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim al-Bukhari dalam Sahihnya)

Bertempat di :
Sekolah Kebangsaan Semenyih
Kelas terbuka kepada Kanak-kanak, Remaja & Dewasa (Lelaki dan Perempuan)

Berminat Sila Hubungi atau sms :
Us. Zukri – 019 2463335
Us.Hanif - 019 2535844
Tempat terhad !!

Kelas akan bermula pada Januari 2010
Hari : Setiap Ahad
Waktu : 8.30-10.00 am / 10.30-12.00am
Yuran pendaftaran untuk bayaran kitab:
Iqra’ - RM15, Tajwid - RM10, Qawaid Taranum- RM10Sumbangan Bulanan : RM30
Tenaga pengajar:
Us. Mohd Zukri ( Sijil Tinggi Taranum bil Quran, Darul Quran JAKIM )
Us. Muhd Lutfi ( Diploma Pendidikan Islam )
Us.Mohd Hanif ( BA Tafsir UIAM )
Us. Shahrul Faizal ( Takhassus Qiraat Al-Azhar )

.: UNTUKMU TEMAN :.



Di sini kita pernah bertemu

Mencari warna seindah pelangi

Ketika kau menghulurkan tanganmu

Membawaku ke daerah yang baru

Dan hidupku kini ceria


Kini dengarkanlah

Dendangan lagu tanda ingatanku

Kepadamu teman

Agar ikatan ukhuwah

kan bersimpul padu


Kenangan bersamamu

Takkanku lupa

Walau badai datang melanda

Walau bercerai jasad dan nyawa


Mengapa kita ditemukan

Dan akhirnya kita dipisahkan

Mungkinkah menguji kesetiaan

Kejujuran dan kemanisan iman

Tuhan berikan daku kekuatan


Mungkinkah kita terlupa

Tuhan ada janji-Nya

Bertemu berpisah kita

Ada rahmat dan kasih-Nya


Andai ini ujian

Terangilah kamar kesabaran

Pergilah gelita hadirlah cahaya

.: HIJRAH DENGAN ILMU :.


UMAT Islam menyambut Maal Hijrah setiap tahun bagi mengingati dan menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w dan sahabat dalam peristiwa Hijrah dari Makkah ke Madinah. Hijrah adalah peristiwa penting dalam sejarah Islam. Dalam konteks sirah Rasulullah s.a.w, Hijrah membolehkan baginda mengatur strategi lebih berkesan bagi umat Islam menggembleng usaha dan mengukuhkan kekuatan umat Islam.

Selama tempoh 1431 tahun kita menyambut Maal Hijrah, bukan bermaksud sekadar kita berhijrah dari Makkah ke Madinah atau dari satu tempat ke tempat lain tetapi yang penting menjiwai perjuangan dan kebijaksanaan Rasulullah s.a.w menjana serta menobatkan Islam di mercu dunia demi kesejahteraan umat.

Hijrah bagi umat Islam bukan sekadar membilang detik masa atau mengadakan pertunjukan hiburan dan bunga api, apatah lagi mabuk sehingga melupakan tata susila sebagai seorang manusia. Umat Islam perlu berhijrah daripada melakukan perbuatan yang buruk kepada mencapai sesuatu yang lebih baik dan kejayaan.

Paling penting ialah meningkatkan ketakwaan agar terus kekal sebagai Muslim yang mampu berdepan dengan apa jua cabaran yang mengganggu gugat keimanan.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Orang yang berhijrah itu ialah mereka yang meninggalkan apa-apa yang dilarang Allah ke atasnya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Konsep hubungan hijrah dan kejayaan mendapat rahmat Allah dan disebut dalam al-Quran yang bermaksud: Sesungguhnya orang yang beriman dan berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang boleh mengharap rahmat dari-Nya. (al-Baqarah ayat 218).
Untuk berhijrah ke arah kejayaan, umat Islam memerlukan ilmu kerana ia aspek terpenting dalam anjakan paradigma ummah menuju kegemilangan.
Sejarah membuktikan jatuh bangun sesebuah bangsa ditentukan sejauh mana penduduknya berilmu. Tanpa ilmu, sesebuah bangsa dan negara itu akan diperalat dan ditindas. Ini berlaku kepada beberapa negara di Afrika. Sejarah Islam memberi jalan yang cantik bagaimana ilmu boleh dimanfaat seperti kegemilangan Islam yang dicetuskan golongan ilmuan Islam.
Mereka bukan sahaja warak tetapi berilmu. Nama-nama seperti Ibnu Sina, al-Biruni, al-Kindi, Ibnu Hayyan, Umar al-Khayyan dan al- Khawarizmi cukup mengerunkan dunia dengan ketinggian ilmu pengetahuan. Namun, kegemilangan tamadun Islam gagal dipertahankan.

Penjajahan kuasa Barat ke atas negara dunia ketiga khususnya negara Islam turut memecahbelah umat Islam. Sebaliknya, beberapa negara bukan Islam belajar rahsia kegemilangan Islam untuk menjadi bangsa yang disegani masyarakat dunia.
Pada masa ini beberapa negara seperti Jepun, China dan Korea Selatan mencapai kemajuan hebat dalam pelbagai bidang hingga mampu bersaing dengan kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Jerman, Perancis dan beberapa negara Eropah. Jepun, misalnya hampir musnah ketika bom atom digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki tetapi mereka bangun dan berhijrah menjadi bangsa maju serta dihormati dunia. Apa rahsianya? Tentunya mereka berilmu dan menghargai ilmu.

Hijrah sebagai sunatullah bagi semua Nabi dan Rasul adalah batu loncatan untuk memenangkan yang hak dalam peperangan di antara kedua-duanya. Dengan hijrah, yang hak memenangi peperangan itu. Hijrah minda bermaksud seluruh hidup manusia itu diserahkan kepada Allah semata-mata. Suatu ketika dahulu, umat Islam membuktikan kepada dunia mereka umat cemerlang. Mereka membawa rahmat besar dan mewujudkan kualiti modal insan yang mementingkan pembangunan rohani dan material. Mereka membebaskan kesesatan akidah manusia dengan mewujudkan negara Islam di Timur Tengah, Afrika Utara, Asia Tengah, sebahagian Eropah dan beberapa kawasan di Asia. Mereka berjaya menjadikan negara Islam sebagai hab ilmu pengetahuan dan tempat rujukan dunia. Manusia berpengetahuan dan berilmu menjadi tenaga penggerak tamadun manusia. Kemuncak dunia Islam sebagai hab ilmu wujud pada zaman kerajaan Abassiah pada abad kelapan dan sembilan Masihi.

Seiring dengan sifat mahu menuntut ilmu, umat Islam wajar menanam sikap mampu memberi pendapat, idea dan inovatif, mereka cipta sesuatu yang baru dan menjadi masyarakat pintar.
Kita tidak boleh hidup dalam dunia yang jumud dan mengharap perubahan datang dengan sendiri tanpa usaha. Justeru, sesuai dengan semangat Maal Hijrah umat Islam perlu membetulkan kesilapan dan kelemahan diri. Jika sebelum ini kita menanam azam sempena Tahun Baru Masihi, kita juga mempunyai azam yang sama sempena Tahun Baru Hijrah.
Ini bermakna kita perlu membuang sikap malas, lesu dan mundur selain meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan kebijaksanaan bagi menjana kemajuan dan pembangunan negara.

Bagi graduan universiti yang mempunyai ilmu, gunakan azam Tahun Baru Hijrah untuk memajukan diri, keluarga dan negara, bukan hanya me nunggu pekerjaan datang kepada mereka. Masanya sudah tiba bagi umat Islam di negara ini bangkit daripada takuk lama dan menjadi insan yang benarbenar cemerlang dan mengikut langkah umat terdahulu yang menjadikan negara Islam hab ilmu pengetahuan.

.: IBADAH KORBAN :.

Definisi

Apa yang disembelih daripada unta, lembu, kambing atau kibas semata-mata menghampirkan diri kepada Allah pada hari raya. Asal disyarakkan ibadat korban ini melalui firman Allah dalam ayat 2 surah al-Kauthar yang bermaksud : Maka dirikanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan berkorbanlah. Maksud "nahr" dalam ayat ini mengikut pandangan yang paling ramai dan sohih adalah membawa maksud korban binatang-binatang korban.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud bahawa nabi S.A.W telah mengorbankan dua kibas yang mempunyai tanduk yang besar. Baginda menyembelih keduanya dengan tangan baginda sendiri. Baginda menyebut nama(Allah) dan bertakbir. Baginda meletakkan kedua lutut baginda di atas bahagian (berhampiran) tengkok keduanya.

Hikmah daripada pensyariatan ibadat korban

1.Ibadat korban sama sebagaimana ibadat yang lain adalah untuk menghampirkan diri kepada Allah.
2. Menghidup dan mengingatkan semula pengorbanan yang dilakukan oleh nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail.
3. Menghidupkan suasana bantu-membantu antara yang kaya dan miskin dengan ketibaan hari raya dengan sedikit bantuan daripada daging-daging korban yang disedekah.
4. Mengeratkan lagi ukhwah Islamiah yang terbina dan menyiramkan ruh bermasyarakat.

Hukum ibadat korban

Hukumnya adalah sunat muakkad(digalakkan) tetapi ia akan menjadi wajib dengan 2 sebab iaitu :

Pertama : Dia mengisyaratkan kepada binatang yang berada di bawah peliharaannya yang baik untuk dikorbankan maka dia berkata : "Ini adalah binatang korbanku" atau "Aku akan berkorban dengan kambing ini" sebagai misalnya. Jika dia berkata sebagaimana tersebut maka dia diwajibkan berkorban.

Kedua : Dia mewajibkan dirinya untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan korbannya seperti katanya : "Untuk Allah atasku untuk berkorban". Maka dengan ini maka dia diwajibkan berkorban yang mana ia menjadi hukum sebagaimana orang bernazar.

Mereka yang disuruh untuk melakukan ibadat korban

Disunatkan melakukan ibadat korban ini kepada mereka yang mempunyai syarat-syarat berikut :

1. Islam dan tidak diminta kepada orang kafir
2. Telah baligh dan berakal yang mana tidak dituntut kepada yang belum baligh atau pun gila
3. Mempunyai kemampuan yang mana mempunyai kewangan yang berlebihan daripada nafkah untuk dirinya sendiri dan mereka yang berada di bawah tanggungannya samada makanan, tempat tinggal dan pakaian sepanjang hari raya dan hari-hari tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Binatang yang disyarakkan untuk dijadikan korban

Tidak sah untuk dijadikan binatang korban selain daripada unta, lembu(termasuk kerbau), kambing(termasuk biri-biri dan kibas dan seumpamanya). Ini adalah berdasarkan kepada maksud firman Allah dalam ayat 34 surah al-Haj : Dan bagi setiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (korban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternakan yang telah direzekikan oleh Allah kepada mereka. Maka Tuhanmu ialah Tuhan yang Maha Esa kerana itu berserahlah dirimu kepadaNya. Dan berilah khabar gembira kepada mereka yang tunduk dan patuh(kepada Allah). Binatang ternakan(al-An'am) tidak terkeluar daripada maksud jenis binatang yang tiga tadi. Ini kerana tidak pernah diriwayatkan samada daripada nabi S.A.w sendiri atau pun sahabat tentang binatang korban yang selain daripada tiga jenis tadi.

Mengenai binatang yang paling utama dari segi kelebihannya ada ulama' yang mengatakan unta kemudian lembu dan seterusnya kambing dan ada pula yang berpendapat kambing yang lebih afdhal.
Dibolehkan melakukan ibadat korban dengan berkongsi tujuh bahagian daripada seekor unta atau pun lembu tetapi bagi kambing hanya untuk seorang sahaja.Ini adalah mengikut kepada perbuatan Rasulullah S.A.W dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim daripada Jabir telah berkata : Kami telah melakukan ibadat korban bersama Rasulullah S.A.W pada tahun Hudaibiah seekor unta daripada tujuh bahagian dan lembu daripada tujuh bahagian.
Kita juga diharuskan berkongsi satu daripada tujuh bahagian samada daripada seekor unta atau lembu walau pun dengan niat yang berbeza seperti ada yang berniat korban, ada yang berniat aqiqah, ada untuk dijual dan ada untuk nazar dan sebagainya. Cuma hukum untuk daging tersebut mengikut apa yang diniatkan oleh seseorang.

Syarat binatang korban

Pertama : Umur-Bagi unta mesti genap enam tahun dan setengah berpendapat sudah cukup hanyan lima tahun.Manakala lembu atau kerbau apabila berumur tiga tahun dan setengah berpendapat cukup dua tahun. Sementara kambing dan seumpamanya telah genap dua tahun atau pun bersalin gigi iaitu gugur gigi depannya walaupun belum cukup dua tahun iaitu biasanya enam bulan.Dalilnya sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh oleh imam Ahmad daripada Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sebaik-baik binatang korban itu ialah kambing yang telah bersalin(gigi).

Kedua : Selamat daripada sebarang penyakit- Iaitu mesti selamat daripada sebarang aib yang boleh menyebabkan kurangnya daging. Tidak sah korban kambing yang gila, tempang yang jelas, mempunyai kecacatan atau penyakit dan terpotong sebahagian daripada badannya.Imam Tarmizi dan Abu Daud telah meriwayatkan daripada al-Barra' bin 'Azib daripada nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Empat perkara yang tidak dikira pada binatang korban : keaiban yang jelas keaibannya, sakit yang jelas penyakitnya, tempang yang jelas ketempangannya dan sakit gila.Diqiaskan daripada empat kecacatan atau keaiban tadi maka dikira apa yang seumpamanya merupakan perkara yang boleh menyebabkan korban tidak dikira.

Waktu korban

Bermula daripada selepas terbitnya matahari hari raya eidil Adha dengan kadar cukup untuk menunaikan dua rakaat hari raya dan dua khutbah hari raya. Waktu ini berterusan sehinggalah terbenam matahari hari tasyriq iaitu hari 11,12 dan 13 Zulhijjah.Waktu yang paling afdhal (lebih baik) untuk melakukan penyembelihan binatang korban adalah sebaik selesai menunaikan solat sunat hari raya eidil Adha sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim: Permulaan apa yang kami mulakan dengannya hari ini adalah solat, kemudian kami pulang maka kami sembelih korban. Maka sesiapa yang melakukan demikian maka dia telah menurut sunnah kami. Dan sesiapa yang sembelih sebelum itu maka sesungguhnya ia merupakan daging yang diberikan kepada ahlinya bukannya daripada ibadat pada sesuatu....Makna khabar ini ialah sesiapa yang sembelih binatang korban sebelum masuk waktu solat hari raya eidil Adha dan berlalunya masa yang memungkinkan dia melakukan solat padanya maka sembelihannya tidak dikira ibadat korban tetapi menjadi sembelihan biasa sahaja.Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Habban daripada Jubir bin Mut'im telah berkata : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dan setiap hari-hari tasyriq merupakan hari sembelih...Apa yang perlu dilakukan dengan daging korban

Pertama : Sekiranya korban itu wajib seperti nazar maka daging korban itu tidak boleh dimakan oleh orang yang melakukan korban itu dan juga semua ahli keluarga yang berada di bawah tanggungannya. Sekiranya ada dikalangan mereka tersebut makan daripada daging korban itu maka dia wajib menggantikannya samada dengan daging lain atau pun harga daging dengan kadar yang telah dimakan.

Kedua : Sekiranya korban sunat maka dia boleh memakan daging korbannya lebihan daripada apa yang telah disedekah.Yang lebih afdhal dia makan sedikit daripada daging korban itu sebagai mengambil berkat dan disedekahkan yang selebihnya. Untuk makan satu pertiga, satu pertiga untuk disedekah kepada orang miskin dan satu pertiga selebihnya untuk dihadiahkan kepada sahabat handai dan jiran-jirannya walaupun mereka kaya.Tetapi pemberian kepada mereka yang kaya untuk dimakan bukannya untuk jualan berlainan dengan pemberian kepada orang miskin adalah sebagai pemilikan samada untuk dia makan atau dibuat apa sahaja yang boleh memberi manfaat kepada mereka.

Asal daripada hukum tersebut menurut kepada maksud ayat 36 surah al-Haj : Dan telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta itu sebahagian dari syiar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak padanya, maka sebutlah olehmu nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri , Kemudian apabila telah roboh (mati) maka makanlah sebahagiannya dan berikanlah makan oarng yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta-minta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.

Bagi mereka yang melakukan korban juga diminta memberi sedekah kulit binatang korbannya atau pun dia sendiri yang menggunanya. Dia dilarang menjualnya atau pun memberinya kepada penyembelih sebagai upah bukannya sedekah. Ini adalah kerana perkara itu boleh menyebabkan berlakunya kekurangan daripada binatang korban dengan merosakkannya pada perkara yang dilarang. Apa yang diriwayatkan oleh imam al-Baihaqi daripada nabi S.AW telah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang menjual kulit sembelihan maka tidak dikira korban baginya.

.: JAMUAN HI TEA AKHIR TAHUN SKS :.











.: HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 09 :.










.: ANUGERAH KEM BESTARI SOLAT :.















.: JAMUAN PENGAWAS :.









.: HARI KANAK-KANAK SK SEMENYIH :.













.: KELAS IQRA' , TAJWID & ASAS TARANUM :.


Anjuran : Badan Kebajikan Guru Dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Semenyih

خيركم من تعلم القرأن وعلمه
Dari Uthman bin Affan R.A. katanya : Rasulullah S,A.W bersabda : ” Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya ”
(Riwayat Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim al-Bukhari dalam Sahihnya)

Bertempat di :
Sekolah Kebangsaan Semenyih

Kelas terbuka kepada Kanak-kanak, Remaja & Dewasa (Lelaki dan Perempuan)
Berminat Sila Hubungi atau sms :

Us. Zukri – 019 2463335
Us.Hanif - 019 2535844
Tempat terhad !!

Kelas akan bermula pada Januari 2010
Hari : Setiap Ahad
Waktu : 8.30-10.00 am / 10.30-12.00am

Yuran pendaftaran untuk bayaran kitab:
Iqra’ - RM15, Tajwid - RM10, Qawaid Taranum- RM10
Sumbangan Bulanan : RM30

Tenaga pengajar:
Us. Mohd Zukri ( Sijil Tinggi Taranum bil Quran, Darul Quran JAKIM )
Us. Muhd Lutfi ( Diploma Pendidikan Islam )
Us.Mohd Hanif ( BA Tafsir UIAM )
Us. Shahrul Faizal ( Takhassus Qiraat Al-Azhar )

.: PENDIDIKAN ISLAM DIMANTAPKAN, j-QAF DIPERLUASKAN :.

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Kerajaan akan terus memantapkan pendidikan Islam dengan memperluaskan program Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain (j-QAF) selain menjadikan Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) sebahagian program sepanjang hayat.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, untuk mencapai matlamat itu juga, kegiatan dakwah Islamiah akan ditingkatkan manakala tulisan jawi terus diperkasa di sekolah-sekolah.

Beliau berkata, ini kerana kerajaan berpendirian pendidikan agama merupakan asas pembinaan akhlak, sahsiah dan jati diri anak-anak.

“Mesyuarat penyelarasan antara Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini bersetuju supaya program itu diperluaskan,’’ katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian dalam ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung UMNO 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Ia merupakan maklum balas beliau selaku Menteri Pelajaran terhadap beberapa isu yang dibangkitkan perwakilan pada perhimpunan itu termasuk semasa Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri.

Tambah beliau, antara program dakwah yang dimantapkan di sekolah-sekolah ialah kursus dakwah kepimpinan pelajar, tadarus al-Quran dan program solat bestari.

Katanya, setelah j-QAF diperkenalkan pada 2005, kelas pemulihan jawi telah diwujudkan bagi memulihkan murid-murid Islam yang tidak menguasai tulisan tersebut.

“Mulai 2005 hingga kini, tulisan jawi juga telah disisipkan dalam akhbar Utusan Melayu melalui usaha sama Kementerian Pelajaran,” katanya.

Beliau juga berterima kasih kepada perwakilan yang mencadangkan agar mata pelajaran jawi diperkasakan.

Katanya, tulisan jawi memang satu elemen dalam mata pelajaran pendidikan Islam di sekolah rendah.

“Waktu pembelajaran jawi adalah dua waktu bagi tahun satu dan satu waktu bagi tahun dua hingga enam manakala di sekolah menengah, tulisan jawi diterap oleh guru-guru ketika melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran,” katanya.

.: SaLaM aIDiLFiTRi :.


.: MaJLis KHaTaM aL-QuRaN SKS :.

Pada hari Khamis 17 September 2009 bersamaan 27 Ramadhan 1430H pihak panitia Agama Islam telah mengadakan majlis khatam al-Quran peringkat sekolah sempena program ihya' Ramadhan pada tahun ini. Majlis ini telah diadakan dengan jayanya bertempat di Masjid Raja Muda Musa, Semenyih.

Seramai 20 orang pelajar lelaki dan perempuan tahun 6 telah terlibat dalam majlis khatam Quran ini. Majlis dimulakan tepat pada pukul 8.30 pagi dengan dipengerusikan oleh Ustazah Shafurah. Turut serta dalam majlis ini ialah GPK Hal Ehwal Murid Puan Hjh Maimun dan GPK Koko Cikgu Yusuf. Majlis khatam ini telah dipimpin oleh Us. Faizal dan Us Hanif. Selepas selesai majlis khatam telah diadakan penyampaian sumbangan hari raya untuk anak yatim dan seterusnya penyampaian cenderahati kepada guru-guru pembimbing dan peserta tadarus. Majlis berakhir pada pukul 10.30 pagi.

Pihak panitia mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga majlis seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.










MAJLIS KHATAM QURAN SESI PETANG

masa : 2.30 petang
tempat : dewan SK Semenyih
pengerusi majlis : Cikgu A.Rahman
Imam : Sheikh Muhd Zukri, Ustaz Lutfi, Cikgu Jamidi

dari kiri : Us. Lutfi, Cikgu Rahman, Cikgu Jamidi, Us. Faizal, Us Hanif, Sheikh M. Zukri

Sebelum majlis bermula

Peserta khatam lelaki

peserta khatam perempuan

Murid2 mendengar bacaan Quran dari peserta

Haii..Selamat hari Raya..Maaf Zahir Batin

Related Posts with Thumbnails

waktu semenyih

radio nasyid.fm

Sila download

.

.

guru pendidikan Islam

KETUA PANITIA - USTAZAH NORSIDAH BINTI ABDUL WAHAB .......... USTAZAH JASLINA BINTI JAAFAR .......... USTAZAH NOOR HASLINDA BINTI SALEH .......... USTAZAH CHE ROSMINI BINTI MUSA .......... USTAZAH ZABEDAH BINTI H.A HASSAN .......... USTAZAH NORLIZA BINTI HUSSIN ............ USTAZAH ZURAIDAH BINTI JAPRI ........... USTAZAH SITI AIDA BINTI KEMAD .......... USTAZAH NORLIZA BINTI HUSSIN .......... USTAZAH ZAUYAH BINTI ZAKARIA ........... USTAZAH NOOR AZILA BINTI CHE ABU BAKAR ............. USTAZ MUHD LUTFI BIN AHMAD

.

.

guru j-QAF

jqa

mutiara kata

misi j-QAF SKS

UNTUK MEREALISASIKAN MISI INI KAMI AKAN :

-MERANCANG, MENGURUS DAN MELAKSANAKAN AKTIVITI PEMBELAJARAN YANG BERKUALITI BERASASKAN TEKNOLOGI TERKINI SECARA HIKMAH, AMANAH DAN BERKESAN

-MENGGALAKKAN PENGLIBATAN AKTIF DALAM PEMBELAJARAN YANG MENARIK

-MEMBIMBING PELAJAR DALAM PEMBENTUKAN SAHSIAH YANG MULIA MELALUI AKTIVITI YANG
DIJALANKAN

kalamullah

kementerian pelajaran

Kementerian Pelajaran Malaysia

link ilmiah









akhbar