Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Qur'an dan mengajarnya" (Hadith riwayat Bukhari) "Mereka yang membaca Al-Qur'an dan dia mahir didalamnya maka ia bersama para malaikat pencatit yang mulia. Mereka yang membaca Al-Qur'an sedangkan ia tidak lancar bacaannya dan payah baginya untuk membaca maka untuknya dua pahala." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim) "Bacalah Al-Qur'an kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat memberi syafaat kepada pembacanya." (Hadith riwayat Muslim)

.: SaLaM aIDiLFiTRi :.


.: MaJLis KHaTaM aL-QuRaN SKS :.

Pada hari Khamis 17 September 2009 bersamaan 27 Ramadhan 1430H pihak panitia Agama Islam telah mengadakan majlis khatam al-Quran peringkat sekolah sempena program ihya' Ramadhan pada tahun ini. Majlis ini telah diadakan dengan jayanya bertempat di Masjid Raja Muda Musa, Semenyih.

Seramai 20 orang pelajar lelaki dan perempuan tahun 6 telah terlibat dalam majlis khatam Quran ini. Majlis dimulakan tepat pada pukul 8.30 pagi dengan dipengerusikan oleh Ustazah Shafurah. Turut serta dalam majlis ini ialah GPK Hal Ehwal Murid Puan Hjh Maimun dan GPK Koko Cikgu Yusuf. Majlis khatam ini telah dipimpin oleh Us. Faizal dan Us Hanif. Selepas selesai majlis khatam telah diadakan penyampaian sumbangan hari raya untuk anak yatim dan seterusnya penyampaian cenderahati kepada guru-guru pembimbing dan peserta tadarus. Majlis berakhir pada pukul 10.30 pagi.

Pihak panitia mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga majlis seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.










MAJLIS KHATAM QURAN SESI PETANG

masa : 2.30 petang
tempat : dewan SK Semenyih
pengerusi majlis : Cikgu A.Rahman
Imam : Sheikh Muhd Zukri, Ustaz Lutfi, Cikgu Jamidi

dari kiri : Us. Lutfi, Cikgu Rahman, Cikgu Jamidi, Us. Faizal, Us Hanif, Sheikh M. Zukri

Sebelum majlis bermula

Peserta khatam lelaki

peserta khatam perempuan

Murid2 mendengar bacaan Quran dari peserta

Haii..Selamat hari Raya..Maaf Zahir Batin

.: FaDhiLaT MeMBaCa aL-QuRaN :.



Dari Abi Umamah r.a katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “Bacalah olehmu akan Al-Quran, sesungguhnya dia datang pada Hari Kiamat kelak memberi syafaat kepada tuannya”. Hadis Riwayat Muslim.

Bacalah Al-Quran kerana ia akan muncul pada Hari Kiamat dan datang kepada pembacanya untuk memberi syafaat. Ini kerana Al-Quran adalah bersih dan suci. Merupakan Kalam Allah. Kalam adalah sifat Allah. Membacanya dikira ibadah.

Berlaku khilaf dikalangan ulama yang mana lebih afdhal di antara membaca Al-Quran dengan berzikir menyebut nama-nama Allah. Pendapat ulama tentang membaca Al-Quran lebih afdhal adalah kerana A-Quran adalah Kalam Allah (kata-kata Allah). Manakala ulama yang berpendapat zikir lebih afdhal adalah kerana zikir menyebut nama-nama Allah.

Al-Quran adalah kitab mulia yang suci sehinggakan jumhur ulama (kebanyakan) berpendapat tidak boleh menyentuh Al-Quran (mushaf) melainkan mereka yang berwudhuk. Maksud mushaf Al-Quran di sini adalah Al-Quran tanpa tafsir atau terjemahan. Mazhab Azzohiriyyah dan mereka yang bersependapat dengannya mengatakan tidak mengapa menyentuh Al-Quran tanpa wuduk.

Larangan menyentuh Al-Quran ini hanya tertakluk kepada keadaan yang biasa. Ini tidak termasuk dalam bab darurat yang mana memerlukan tindakan segera kepada menyentuh atau memegangnya. Sebagai contoh jika Al-Quran dilihat berada di tempat yang tidak sesuai seperti terjatuh di jalanan, maka perlulah segera mengalihkannya.

Dari Nawwas bin Sam’an r.a katanya, aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “Dibawa di Hari Kiamat nanti Al-Quran dan ahlinya, yang beramal dengannya di dunia. Mendahuluinya oleh Suratul Baqarah dan Ali Imran, kedua-duanya berhujah membela tuannya”.
Hadis Riwayat Muslim (dengan riwayat yang sahih)

Pada Hari Kiamat, Al-Quran akan menemui ahli-ahlinya di padang mahsyar. Ahli-ahli Al-Quran itu terdiri daripada para pembacanya mahupun yang menghafalnya serta mereka yang beramal dengan Al-Quran. Al-Baqarah dan Ali Imran akan menjadi pembela kepada ahli Al-Quran bagi berhadapan dengan Allah SWT.

Ini menunjukkan betapa adilnya Allah Taala. Walaupun segala perlakuan, amalan dan tindak tanduk kita di dunia ini dalam ilmu dan pengetahuan Allah, tetapi Allah Taala tidak menghukum hambanya dengan pengetahuannya. Sebaliknya membenarkan berlakunya proses penghakiman dan pengadilan ke atas hambanya.

Ini samalah dengan proses penghakiman dalam syariah Islam yang mana tidak membenarkan hakim menghukum hanya dengan pengetahuannya semata. Perlu ada saksi, ada pembela (peguam) walaupun terbukti seseorang itu telah bersalah. Orang yang jelas bersalah juga perlu diwakili peguam kerana ini akan ‘membersihkan mahkamah’. Supaya setiap hukuman itu tepat kepada si pesalah.

Dalam perundangan Islam, membebaskan si pesalah itu adalah lebih baik daripada menghukum orang yang tidak bersalah. Ini berdasarkan hadis nabi yang bermaksud “Sesungguhnya kesilapan seorang hakim membebaskn seorang pesalah adalah lebih baik dari kesilapan seorang hakim menghukum seorang yang tidak bersalah”.

Dari Saidina Usman bin Affan r.a katanya, berkata Rasulullah s.a.w “Sebaik-baik kamu ialah seorang yang belajar Al-Quran dan mengajarnya
Hadith riwayat Bukhari.

Dari Aisyah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w “Seorang yang membaca Al-Quran sedang dia
mahir dalam membacanya, bersamanya malaikat utusan Allah yang baik. Dan orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap (berkeadaan payah), maka baginya dua pahala
Hadith Riwayat Muslim.

Orang yang membaca Al-Quran sedangkan dia seorang yang mahir dalam bacaan Al-Quran dijanjikan kepadanya akan bersama-sama dengan malaikat yang mulia iaitu pemimpin para malaikat. Adapun mereka yang membaca Al-Quran dengan susah payah, tergagap-gagap, dijanjikan kepadanya dua pahala. Iaitu satu pahala untuk bacaannya dan satu lagi untuk kesungguhan dia berusaha membaca Al-Quran.

Ada hadith yang lain menyebut pahala membaca Al-Quran adalah pada setiap huruf. Setiap huruf itu dijanjikan 10 ganjaran pahala. Membaca Al-Quran pula tidak dihadkan cukup sekali khatam sahaja malah hendaklah berterusan dan dijadikan amalan. Bahkan ada ulama khatam Al-Quran sebulan sekali dan ada juga yang khatam dalam masa 2, 3 hari sahaja.

Orang yang memahami Al-Quran pula akan senantiasa mendapat ilmu dan pengetahuan yang baru dari berkat Al-Quran. Inilah kelebihan mukjizat Kitab Al-Quran yang tiada pada kitab-kitab sebelumnya. Rasulullah s.a.w juga pada setiap Ramadhan akan bertadarrus Al-Quran bersama-sama malaikat Jibrail. Saling mendengar bacaan dan saling membetulkan bacaan.
Wallahua’lam

.: MenCaRi MaLaM aL-QaDaR :.


PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA) ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN.

PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA’ UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:

AHAD ATAU RABU – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN

ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;

SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;

KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;

- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN;

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.
Berdasar petua di atas, insyaAllah malam qadar akan jatuh pada malam ke 23 Ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 13 September 2009
Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!

Tanda malam Qadar ialah :

malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
pada malam itu malaikat Jibril akan menziarahi orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.

.: PrOGRaM iHYa' RaMaDhaN :.

1) TADARUS AL-QURAN

- Tadarus al-Quran murid-murid tahun 1 - 6 dijalankan pada masa rehat
- Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dibimbing oleh seorang guru
- Murid-murid tahun 1 membaca Iqra' 1-6


2) TAZKIRAH RAMADHAN

- Tazkirah dijalankan pada awal pembelajaran iaitu pada pukul 7.30 - 7.45 pagi dan pukul 1.10 - 1.20 tengahari untuk sesi petang.


3) SUMBANGAN ANAK-ANAK YATIM

- Kutipan dibuat dikalangan guru SKS


4) MAJLIS KHATAM AL-QURAN

- Majlis khatam al-Quran dijalankan pada hari Khamis- 17 September 2009
- Seramai 60 murid dipilih menyertai majlis ini, terdiri dari murid tahun 4-6

.: SeMoGa BeRJaYa :.


.: BiLiK j-QAF SK SeMeNYiH :.








.:TaDaRuS aL-QuRaN PenGHiaS RaMaDhaN :.



Islam menggalakkan umatnya untuk hidup bahagia di dunia dan akhirat. Oleh itu Allah telah menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w supaya dapat memimpin umatnya ke arah hidup yang sempurna.

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 1-5:`
“Alif Laam Mim. Demikianlah kitab al-Quran tidak ada ragu-ragu lagi di dalamnya, ia memberi petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa (berbakti kepada Allah). Iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib (tidak dapat diketahui atau tidak dapat dilihat) dan mereka mendirikan sembahyang (solat) dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami kurniakan kepada mereka. Dan mereka beriman pada apa yang diturunkan kepada kamu (Injil, Zabur, Taurat) dan di akhirat nanti Allah akan meletakkan mereka di tempat yang sempurna. Mereka itulah yang menerima petunjuk dari Tuhan mereka, mereka itulah daripada golongan orang yang berjaya”.

Daripada ayat ini jelaslah bahawa membaca al-Quran dan beramal dengan isi kandungannya mempunyai banyak kelebihan dan dimuliakan di sisi Allah S.W.T. Kelebihan ini dilipat gandakan lagi apabila ianya diamalkan pada bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan dengan bertadarus. Tadarus ialah membaca al-Quran secara berdua, bertiga atau berkumpulan, di mana caranya ialah seseorang membaca manakala yang lain mendengar sambil memperbetul kesilapan bacaan jika ada dan seterusnya dengan bergilir-gilir.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:“Sesiapa yang berharap untuk menemui Allah S.W.T, maka hendaklah memuliakan ahli Allah”, maka disoal lagi: “Wahai Rasulullah! Adakah Allah mempunyai ahli?” Jawab Rasulullah: “Ya”. Soal lagi: “Siapakah mereka itu?”Jawab Rasulullah: “Ahli Allah di dunia ialah mereka yang selalu tadarus dan membaca al-Quran, adakah tidak ada orang orang yang menerima kemuliaan itu dimuliakan oleh Allah dan dimasukkan ke syurga, sebaliknya mereka yang dihina, maka sesungguhnya Allah akan menghina lalu dimasukkan ke neraka. Wahai Abu Hurairah, tiadalah di sisi Allah seorang yang dimuliakan daripada orang yang bertadarus dan membaca al-Quran, tidak ada seorang itu membawa dan membaca di sisi Allah dimuliakan daripada salah seorang kamu kecuali para nabi”.

Oleh itu, sebaik-baik hamba itu ia membaca al-Quran serta mendalami, mengkaji dan menghayati segala kandungannya kemudian mengajarkannya. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

"خَيْرُ كُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآن وَعَلَّمَه"
Sebaik-baik kamu adalah orang yang membaca al-Quran dan mempelajari isi-isi kandungan ayat-ayat al-Quran itu (dan mengajarkannya kepada orang lain)”.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Iri hati (hasad) tidak dibenarkan melainkan 2 perkara sahaja iaitu seorang yang mana dihormati dengan bacaan al-Quran dan terus berada dalam keadaan yang demikian siang dan malam dan seorang lagi yang mana dilimpahkan kurnia dengan harta yang banyak oleh Allah S.W.T dan membelanjakan siang malam pada jalan Allah”.

Dalam hadis di atas, hasad yang dimaksudkan ialah sifat ingin berlumba yang diredhai Allah. Iaitu dengan berlumba-lumba membaca atau memperbanyakkan bacaan al-Quran siang dan malam. Serta membelanjakan harta yang dikurniakan Allah siang dan malam dijalan Allah.
Oleh itu, ditambah dengan keberkatan bulan Ramadhan ini, maka setiap umat Islam mestilah berlumba-lumba untuk menambahkan amalan masing-masing. Ini kerana hati yang tidak ada al-Quran seumpama rumah yang kosong. Sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w;
Daripada Abdullah bin Abbas r.a telah meriwayatkan, sabda Rasullullah s.a.w: “Seseorang yang tidak ada sebahagian pun al-Quran di dalam hatinya adalah seumpama rumah yang ditinggalkan (kosong)”.

Related Posts with Thumbnails

waktu semenyih

radio nasyid.fm

Sila download

.

.

guru pendidikan Islam

KETUA PANITIA - USTAZAH NORSIDAH BINTI ABDUL WAHAB .......... USTAZAH JASLINA BINTI JAAFAR .......... USTAZAH NOOR HASLINDA BINTI SALEH .......... USTAZAH CHE ROSMINI BINTI MUSA .......... USTAZAH ZABEDAH BINTI H.A HASSAN .......... USTAZAH NORLIZA BINTI HUSSIN ............ USTAZAH ZURAIDAH BINTI JAPRI ........... USTAZAH SITI AIDA BINTI KEMAD .......... USTAZAH NORLIZA BINTI HUSSIN .......... USTAZAH ZAUYAH BINTI ZAKARIA ........... USTAZAH NOOR AZILA BINTI CHE ABU BAKAR ............. USTAZ MUHD LUTFI BIN AHMAD

.

.

guru j-QAF

jqa

mutiara kata

misi j-QAF SKS

UNTUK MEREALISASIKAN MISI INI KAMI AKAN :

-MERANCANG, MENGURUS DAN MELAKSANAKAN AKTIVITI PEMBELAJARAN YANG BERKUALITI BERASASKAN TEKNOLOGI TERKINI SECARA HIKMAH, AMANAH DAN BERKESAN

-MENGGALAKKAN PENGLIBATAN AKTIF DALAM PEMBELAJARAN YANG MENARIK

-MEMBIMBING PELAJAR DALAM PEMBENTUKAN SAHSIAH YANG MULIA MELALUI AKTIVITI YANG
DIJALANKAN

kalamullah

kementerian pelajaran

Kementerian Pelajaran Malaysia

link ilmiah









akhbar