Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Qur'an dan mengajarnya" (Hadith riwayat Bukhari) "Mereka yang membaca Al-Qur'an dan dia mahir didalamnya maka ia bersama para malaikat pencatit yang mulia. Mereka yang membaca Al-Qur'an sedangkan ia tidak lancar bacaannya dan payah baginya untuk membaca maka untuknya dua pahala." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim) "Bacalah Al-Qur'an kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat memberi syafaat kepada pembacanya." (Hadith riwayat Muslim)

.: FaDhiLaT MeMBaCa aL-QuRaN :.



Dari Abi Umamah r.a katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “Bacalah olehmu akan Al-Quran, sesungguhnya dia datang pada Hari Kiamat kelak memberi syafaat kepada tuannya”. Hadis Riwayat Muslim.

Bacalah Al-Quran kerana ia akan muncul pada Hari Kiamat dan datang kepada pembacanya untuk memberi syafaat. Ini kerana Al-Quran adalah bersih dan suci. Merupakan Kalam Allah. Kalam adalah sifat Allah. Membacanya dikira ibadah.

Berlaku khilaf dikalangan ulama yang mana lebih afdhal di antara membaca Al-Quran dengan berzikir menyebut nama-nama Allah. Pendapat ulama tentang membaca Al-Quran lebih afdhal adalah kerana A-Quran adalah Kalam Allah (kata-kata Allah). Manakala ulama yang berpendapat zikir lebih afdhal adalah kerana zikir menyebut nama-nama Allah.

Al-Quran adalah kitab mulia yang suci sehinggakan jumhur ulama (kebanyakan) berpendapat tidak boleh menyentuh Al-Quran (mushaf) melainkan mereka yang berwudhuk. Maksud mushaf Al-Quran di sini adalah Al-Quran tanpa tafsir atau terjemahan. Mazhab Azzohiriyyah dan mereka yang bersependapat dengannya mengatakan tidak mengapa menyentuh Al-Quran tanpa wuduk.

Larangan menyentuh Al-Quran ini hanya tertakluk kepada keadaan yang biasa. Ini tidak termasuk dalam bab darurat yang mana memerlukan tindakan segera kepada menyentuh atau memegangnya. Sebagai contoh jika Al-Quran dilihat berada di tempat yang tidak sesuai seperti terjatuh di jalanan, maka perlulah segera mengalihkannya.

Dari Nawwas bin Sam’an r.a katanya, aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “Dibawa di Hari Kiamat nanti Al-Quran dan ahlinya, yang beramal dengannya di dunia. Mendahuluinya oleh Suratul Baqarah dan Ali Imran, kedua-duanya berhujah membela tuannya”.
Hadis Riwayat Muslim (dengan riwayat yang sahih)

Pada Hari Kiamat, Al-Quran akan menemui ahli-ahlinya di padang mahsyar. Ahli-ahli Al-Quran itu terdiri daripada para pembacanya mahupun yang menghafalnya serta mereka yang beramal dengan Al-Quran. Al-Baqarah dan Ali Imran akan menjadi pembela kepada ahli Al-Quran bagi berhadapan dengan Allah SWT.

Ini menunjukkan betapa adilnya Allah Taala. Walaupun segala perlakuan, amalan dan tindak tanduk kita di dunia ini dalam ilmu dan pengetahuan Allah, tetapi Allah Taala tidak menghukum hambanya dengan pengetahuannya. Sebaliknya membenarkan berlakunya proses penghakiman dan pengadilan ke atas hambanya.

Ini samalah dengan proses penghakiman dalam syariah Islam yang mana tidak membenarkan hakim menghukum hanya dengan pengetahuannya semata. Perlu ada saksi, ada pembela (peguam) walaupun terbukti seseorang itu telah bersalah. Orang yang jelas bersalah juga perlu diwakili peguam kerana ini akan ‘membersihkan mahkamah’. Supaya setiap hukuman itu tepat kepada si pesalah.

Dalam perundangan Islam, membebaskan si pesalah itu adalah lebih baik daripada menghukum orang yang tidak bersalah. Ini berdasarkan hadis nabi yang bermaksud “Sesungguhnya kesilapan seorang hakim membebaskn seorang pesalah adalah lebih baik dari kesilapan seorang hakim menghukum seorang yang tidak bersalah”.

Dari Saidina Usman bin Affan r.a katanya, berkata Rasulullah s.a.w “Sebaik-baik kamu ialah seorang yang belajar Al-Quran dan mengajarnya
Hadith riwayat Bukhari.

Dari Aisyah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w “Seorang yang membaca Al-Quran sedang dia
mahir dalam membacanya, bersamanya malaikat utusan Allah yang baik. Dan orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap (berkeadaan payah), maka baginya dua pahala
Hadith Riwayat Muslim.

Orang yang membaca Al-Quran sedangkan dia seorang yang mahir dalam bacaan Al-Quran dijanjikan kepadanya akan bersama-sama dengan malaikat yang mulia iaitu pemimpin para malaikat. Adapun mereka yang membaca Al-Quran dengan susah payah, tergagap-gagap, dijanjikan kepadanya dua pahala. Iaitu satu pahala untuk bacaannya dan satu lagi untuk kesungguhan dia berusaha membaca Al-Quran.

Ada hadith yang lain menyebut pahala membaca Al-Quran adalah pada setiap huruf. Setiap huruf itu dijanjikan 10 ganjaran pahala. Membaca Al-Quran pula tidak dihadkan cukup sekali khatam sahaja malah hendaklah berterusan dan dijadikan amalan. Bahkan ada ulama khatam Al-Quran sebulan sekali dan ada juga yang khatam dalam masa 2, 3 hari sahaja.

Orang yang memahami Al-Quran pula akan senantiasa mendapat ilmu dan pengetahuan yang baru dari berkat Al-Quran. Inilah kelebihan mukjizat Kitab Al-Quran yang tiada pada kitab-kitab sebelumnya. Rasulullah s.a.w juga pada setiap Ramadhan akan bertadarrus Al-Quran bersama-sama malaikat Jibrail. Saling mendengar bacaan dan saling membetulkan bacaan.
Wallahua’lam

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

waktu semenyih

radio nasyid.fm

Sila download

.

.

guru pendidikan Islam

KETUA PANITIA - USTAZAH NORSIDAH BINTI ABDUL WAHAB .......... USTAZAH JASLINA BINTI JAAFAR .......... USTAZAH NOOR HASLINDA BINTI SALEH .......... USTAZAH CHE ROSMINI BINTI MUSA .......... USTAZAH ZABEDAH BINTI H.A HASSAN .......... USTAZAH NORLIZA BINTI HUSSIN ............ USTAZAH ZURAIDAH BINTI JAPRI ........... USTAZAH SITI AIDA BINTI KEMAD .......... USTAZAH NORLIZA BINTI HUSSIN .......... USTAZAH ZAUYAH BINTI ZAKARIA ........... USTAZAH NOOR AZILA BINTI CHE ABU BAKAR ............. USTAZ MUHD LUTFI BIN AHMAD

.

.

guru j-QAF

jqa

mutiara kata

misi j-QAF SKS

UNTUK MEREALISASIKAN MISI INI KAMI AKAN :

-MERANCANG, MENGURUS DAN MELAKSANAKAN AKTIVITI PEMBELAJARAN YANG BERKUALITI BERASASKAN TEKNOLOGI TERKINI SECARA HIKMAH, AMANAH DAN BERKESAN

-MENGGALAKKAN PENGLIBATAN AKTIF DALAM PEMBELAJARAN YANG MENARIK

-MEMBIMBING PELAJAR DALAM PEMBENTUKAN SAHSIAH YANG MULIA MELALUI AKTIVITI YANG
DIJALANKAN

kalamullah

kementerian pelajaran

Kementerian Pelajaran Malaysia

link ilmiah









akhbar