Pada hari Jumaat 21 Ogos, telah diadakan Majlis sambutan Bulan Kemerdekaan yang ke 52 peringkat sekolah dengan penuh meriah di dataran perhimpunan SK Semenyih. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Us. Faizal dan kemudian diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, Jalur Gemilang dan Satu Malaysia oleh semua guru dan murid SKS. Seterusnya majlis diteruskan dengan bacaan ikrar Rukun Negara kemudian diikuti oleh ucapan dari GPK 1 Puan Krishnaveny yang mewakili guru besar. Sepanjang bulan Ogos ini berbagai aktiviti dan pertandingan telah dijalankan antaranya ialah kuiz, koir, mewarna,nyanyian solo,melukis poster, teka silangkata,menghias kelas, mendeklamasikan sajak dan pakaian tradisional. Semoga dengan adanya majlis sebegini murid-murid akan dapat merasai erti kemerdekaan yang sebenar.
0 comments:
Post a Comment